Cik Carrot
Assalamualaikum dan salam sejahtera...blog ini dicipta untuk sama-sama berkongsi ilmu
Monday, 29 December 2014
Sunday, 21 December 2014
KISAH SI PENJUAL KUIH
Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu.
Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan. "Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. “Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya.
Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja. "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?" Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.
Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama.
Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum.
Gambar Hiasan |
Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. "Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak.
Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah.
Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar. Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" dia bettanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang."
Gambar Hiasan |
Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkanya?
Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!
Moral : Satu perjalananan seorang kanak-kanak yang begitu taat kepada perintah Allah s.w.t. Semoga menjadi renungan bersama.
CERITA SERAM:DI KEJAR HANTU PENANGGAL
Di kawasan pedalaman Sabah, heboh dengan kisah misteri mengenai hantu penanggal atau juga dikenali sebagai balan-balan. Hantu penanggal dikatakan suka memakan uri ibu yang baru bersalin.
Benarkah hantu penanggal ini wujud?
Apa itu penanggal? Adakah ia sejenis hantu ataupun setan? Menurut kata orang-orang Sabah terutamanya dari Kota Belud, penanggal ini merupakan individu yang mengamalkan ilmu hitam. Di Sabah, Penanggal di panggil B Kuasa Dua..Sebab kenapa? Sebab menggunakan perkataan BALAN BALAN akan mendorong ia datang!
Kisahnya begini -------
Kisah ini terjadi pada 8 bulan lepas, Menurut saudara saya, padam malam tersebut rakannya baru balik dari satu majlis kesyukuran yang dibuat oleh ibu mertuanya.. Dia yang bersama isteri dan anak lelakinya pada waktu itu menggunakan satu jalan yang agak suram dan gelap.. Seperti pada malam-malam yang biasa, tidak ada sebarang peritiwa aneh yang berlaku sepanjang mereka menggunakan jalan tersebut.
Namun pada malam yang berikutnya.. Satu peristiwa yang agak seram dan menakutkan terjadi kepada 3 beranak ini.. Semasa mereka melintasi satu kedai dikampung tersebut, anak mereka terlihat satu bentuk seakan-akan penanggal berlegar-legar disekeliling tiang lampu yang tidak jauh dari mereka.
Penanggal tersebut seperti tidak mengendahkan kehadiran mereka, sehinggalah anak lelaki mereka itu menegur benda tersebut dengan bertanyakan kepada ibunya apakah benda yang terbang berdekatan dengan tiang lampu itu?! Seperti didengari oleh penanggal tersebut, terus ia mengekori mereka dari belakang sehingga menyebabkan anak mereka menangis ketakutan. Ibunya yang dari tadi menyangka penganggal yang terbang mengekori mereka itu adalah seekor burung, turut menangis dan mengarahkan suaminya memandu kereta dengan laju! Walaupun setelah beberapa kilometer, penanggal tersebut masih mengekori mereka dari belakang.. untuk menenangkan keluarganya, rakannya telah membaca beberapa patah ayat suci Al-Quran serta ayat kursi sebagai pendinding.
GGambar Hiasan |
Penanggal tersebut bertambah ganas! ia menghentak-hentakkan kepalanya ke arah tingkap kereta yang dipandunya seakan-akan ingin mengacahnya! Penanggal itu seperti tidak takut dengan ayat-ayat di bacanya..semakin dibaca.. semakin bertambah agresif penanggal itu! Penanggal itu terbang beriringan dengan keretanya dan memerhati mereka dari tepi tingkap.. oleh kerana takut sangat. Rakannya tidak berani menoleh untuk melihat wajah penanggal tersebut! Nasib mereka agak baik.. tidak lama selepas itu, terdapat satu kereta yang dipandu bertentangan telah membunyikan hon seperti ingin memberitahu dia juga terlihat penanggal tersebut.
Oleh sebab lampu terang dan bunyi hon itu, penanggal tersebut berubah arah dan mengejar pula kereta yang telah membunyikan hon itu! Menurut saudara saya, selepas peristiwa itu... Rakannya telah mengambil cuti selama 2 minggu untuk memulihkan kembali semangat nya! Ishhhh isshhh ishhhh..... Kata orang-orang tua.. kalau nampak benda yang pelik.. jangan ditegur..
Friday, 19 December 2014
muka gembira...semua tugasan da settle..horay!!!
Perjalanan ku ke
destinasi tamat setelah 14 minggu belajar subjek ini. Subjek Multimedia banyak
mengajar aku erti berusaha sedaya mungkin dalam menyiapkan tugasan . Tiada istilah penat atau mengalah sebelum
berjaya melakukan sesuatu tugasan yang diberi. Alhamdulillah aku dapat satu
kumpulan dengan geng-geng aku iaitu Iris Production di mana kami bekerja santai
dan selalu “happy go lucky”. Kami masing-masing saling memberi kerjasama dan
segala tugasan kami siapkan lebih awal dari kumpulan lain. Suka duka dalam
kumpulan ini sangat banyak dan ia akan kekal menjadi kenangan ku sampai bila-
bila. Yang bestnya, lecturer ku Prof Madya Dr Normaliza Bt Abd Rahim sangat
sempoi dan sporting abis. Yang penting semua kerja mesti la kena redha dan aku
redha kerana semua kerja yang diberikan kami buat dalam suasana gembira dan
tanpa jemu. Hahahha…. Panjang pulak berleter… kesimpulannya,dalam subjek ini
sangat happening dan aku nak nasihatkan kepada adik-adik aku yang bakal ambik
subjek ini, percayalah subjek ini tidak membebankan…malah best giler…so semoga
semua success..dan selamat menjawab final exam dengan jayanya…k bye2!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)