Thursday, 16 October 2014

SOALAN MAUT

hahaha..aku nk berkongsi soalan2 maut gn korang...bak kata ore kelate... soalan2 mapuh kerah....
Soalan maut mana yang paling anda takut?

Soalan #1
Ni dah kawin ke belum ni? (Situasi: Anda dan pakwe anda sedang berdating didalam kereta di taman tasik di waktu malam, dengan tiba tiba sekumpulan lelaki berkopiah mengetuk ngetuk cermin kereta anda)

Soalan #2
Sakit apa? (Situasi: Anda berada didepan doktor disebuah klinik dihari ada kuliah kerana anda ingin mendapatkan mc)

Soalan #3
Fidliana, where are you? (Situasi: Tetiba mendapat panggilan dari lectuter anda di office hour)

Soalan #4
Takde ke kawan ngan mana mana laki? (Situasi: soalan ditanyakan oleh mak anda, ayah anda, mak cik anda, jiran anda)

Saya paling takut soalan #4. Boleh buat ketidakselesaan. Dan jawapan yang paling baik adalah senyaaaaaaaaaaaaap!

Pernahkah anda menghadapi situasi berikut?

Situasi #1
Anda sedang lepak lepak dengan beberapa rakan lelaki di sebuah kedai makan. Lalu anda tergerak ingin mengecall mak anda. Sedang dalam perbualan telefon itu mak anda tetiba senyap kerana terdengar suara lelaki disebelah anda, dan dengan pantasnya mak anda bertanya "suara siapa tu?"

Situasi #2
Anda sedang dalam perjalanan balik kampung bersama mak cik anda, sedang syok syok dia bercerita tentang cousin anda dengan tak semena-mena anda menjadi topik bualan, "sekarang takde kawan ngan sesiapa ke? Cari la satu, dah boleh sangat dah tu.."

Situasi #3
(Sambungan Situasi #2) Mak cik anda yang syok bercerita tu tetiba terberitahu, "oh, hari tu ayah ada jugak tanya tanya dengan Kak Long, kat kelas tu Na ada tak berkawan dengan sape sape.."

Situasi #4
Anda memberitahu emak anda yang anda bakal menghadiri majlis perkahwinan rakan anda hujung bulan ni, lalu dia bertanya dekat mana, dengan siapa, kawan masa belajar ke lalu tersampai ke satu saranan, "ha Na carilah kawan masa belajar kat UPM tu ."

Perghhhh maut bukan?


p/s: sebenarnya soalan paling maut adalah, "ma rabbuka?"pengalaman ooo pengalaman

Wednesday, 15 October 2014

MUTIARA KATA

Mutiara Kata Hikmah Dan Kata-Kata Semangat 

 Kita manusia tidak pernah lari dari masalah sama ada kecil mahupun besar. Walau bagaimanapaun setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Pelbagai cara yang boleh diusahakan bagi menyelesaikan masalah mengikut kemampuan masing-masing. Namun ada yang tidak tau bahawa dengan kata-kata juga mungkin dapat menyelesaikan sedikit sebanyak masalah dan juga dapat mengurangkan kekusutan anda.Jadi disini Dr Fuh kongsikan 101 Kata-kata himah, mutiara kata dan juga kata-kata semangatbagi membangkitkan semangat dan motivasi anda untuk menempuhi cabaran dan dugaan mendatang.


1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
2. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
11. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
12. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
13. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
14. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
15. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.
17. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
18. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
19. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
20. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
21. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
22. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
23. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
24. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
25. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
26. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
27. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
28. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
29. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
30. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
31. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
32. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…
33. “Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa”
34. “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup”
35. Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
36. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”
37. “Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair”
38. “Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan”
39. “Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan”
40. “Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
41. Hadiah Terbaik :
Kepada kawan – Kesetiaan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan
42. “Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan”
43. “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”
44. “Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat”
45. “Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”.
46. “Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari”
47. “Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang”
48. “Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman..”
49. “Lidahmu adalah bentengmu, jika anda menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika anda membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu”
50. “Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri”
51. “Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”
52. “Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.”
53. “Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada.”
54. “Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.”
55. “Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan anda akan mencapai yang tertinggi.”
56. “Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang..”
57. “Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.”
58. “Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma..”
59. “Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”
60. “Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”
61. “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”
62. “Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.
63.kitα berkenαlαn → Allαh yg rαncαng. Kitα rαsα sukα → Allαh yg beri. Kitα bersαmα → Allαh yg αtur. Kitα berbαhαgiα → Allαh yg detikkαn
64.Orang yang bersih hati, ada tanda di wajahnya.
65. Addeenu nasihah..dan nasihat itu kasih.begitu kasih hingga mahu sama-sama dikasihi yang Maha Pengasih.
66.Sejahil mana pun manusia, mereka akan kembali mencari Tuhan dan kebaikan.
67. Apa perasaan kita apabila kita tahu tuhan memanggil kita ‘wahai sayang’?
68. Jangan tunggu orang yang sempurna untuk nasihatkan kita sebab takda manusia yg sempurna di muka bumi ALLAH ini..hanya ALLAH yang Maha Sempurna Description: icon smile Mutiara Kata Hikmah Dan Kata Kata Semangat
69. ” Hai anak muda,jangan sangka matimu tua! “
70. Hidup dalam fitnah akhir zaman, jalan ke neraka ‘lebih lurus’ berbanding jalan ke syurga.
71. “… Kami melakukan dosa yang sepatutnya Engkau wajar mengazab kami, namun Kau ilhamkan taubat kepada kami”
72. cantik nye susun atur allah. iktibar itu dimana-mana. hari ni pelangi, esok lusa salji..
73. Tak de orang melihat air mata kita Tapi Allah tahu setiap titisan yang jatuh ke bumi
74. Berapa ramai manusia yg masih hidup dalam kelalaian sedangkan kain kafannya sedang ditenun. ~ Imam asy Syafi’e
75. Allah mendidik/mentarbiyyah manusia dengan cara berbeza.Tuhan,jangan bebankan kami,yang tidak kami terdaya.
76.”Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik, tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik.”
77. Manusia itu belajar dari kesilapan.
78. Mereka yang berubah kerana terpaksa, mereka itulah mangsa. Mereka yang memaksa diri untuk berubah, mereka itulah yang berjaya. [Abu Saif, Rindu Bau Pohon Tin]
79. Allah itu dekat.
80. Hatta seribu tahun dan sejuta mimpi pun, kalau Allah tak izin, tak jadi juga.
81. Belajar kerana Allah… inshaAllah akhlak akan berubah…
82. Tanda kita belum baik ialah apabila kita selalu merasakan kita lebih baik dari orang lain.
83. Maksiat lawannya taat.
84. “Untuk mendapat yang dicintai bersabarlah menempuh yang dibenci.”
85. “Ya Allah, jadikan kami hamba yang sihat & taat”
86. Kalau kita ketuk pintu rumah orang pukul 3,4 pagi, mesti orang marah giler. Tapi kalau waktu sebegitu kita ketuk pintu Tuhan, Tuhan sangat gembira dan suka menerima hambanya…
87. “Sungguh, Aku benar-benar mengadu akan susah dan sedihku hanya kepada Allah..” (Surah Yusuf: 86)
88. mulakan hari mu dengan memuji Allah….
89. Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. ..
90. Mengingati Allah itu satu keperluan melebihi dari perlunya kita kepada oksigen. Kita tidak kan mampu menghirup kebaikan yg ada sepanjang perjalanan kehidupan tanpa hidayah dan taufik dari Allah swt~ Description: icon smile Mutiara Kata Hikmah Dan Kata Kata Semangat
91. jadikan dunia ladang untuk kita nikmati hasilnya di akhirat kelak.
92. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
93. “Hakikat tanpa syariat itu fasik, Syariat tanpa hakikat itu sia-sia, Syariat beserta dengan hakikat itulah sempurna”
94. cukuplah mati sebagai satu peringatan.
95. Matang bukan syarat nikah. Sama macam tua bukan syarat mati. Yang muda pun ramai mati, yang tak matang pun ramai menikah.
96. “cabut kemuncup sambil berjalan. jangan sampai ralit hingga berhenti berjalan” (mafhum)
97. *even burung kecik tu pun berusaha untuk padamkan api kerana takut disoal, tapi kita?
98. Mahu suami soleh & isteri solehah?Mahu anak-anak yang soleh solehah?Psss, tanya diri dulu. ‘Diri’ kita itu sudah menjadi soleh solehah untuk ibu bapa kita tak?
99. Apa yang keluar dari mulut kita ialah do’a. Kalau yang keluar itu carutan, maka kita mencarut kepada diri sendiri. Berfikir sebelum berkata-kata.
100. Org yang ada Allah.. Ada segala galanya – Prof muhaya.
101. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu..jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Kuasa.


SENARAI PERIBAHASA

Senarai Peribahasa

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
2. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
3. bara api yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
4. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
6. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
7. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
8. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
9 bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
10.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
11. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
12. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

13. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
14. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
15. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
16. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
16. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..
17. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
18 berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
19. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
20. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
21. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
22. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran

Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

DALAM KENANGAN MH370 & MH17

(DALAM KENANGAN MH370 & MH17)

Walau berat tanggungan
segala yang pasti ada sebabnya
setempayan air mata tercurah
tak daya untuk menyanggah
namun bukan untuk mengalah

takdir atas rencana-Nya
penuh hikmah atas segala
biarpun perit menerima
hiasilah rasa di nurani lara
dengan berbaik sangka

renungkan ia mencari makna
hadirnya musibah penuh rahsia
mengajar kita tak berputus asa
mendidik jiwa dekat pada-Nya
bersatu kita inilah rahmat-Nya

segala iradah terjurus ikhtiar
akal ditara dengan bersabar
ilmu hikmah sentiasa malar
tetap bercahaya dan menjalar
taufik Allah suluh berakar

atas usaha tak kenal lelah
doa dipadu mencicip gundah
antara daya dan juga pasrah
terhimpun bicara mahmudah

hanya inilah terlakar wadah.

NUR KASIH

NUR KASIH

Matamu memukau bak cahaya
 Merah bibirmu penuh keindahan
Pipimu  halus bagai sutera
Menjadi pujaan si jejaka.

Tak terduga tangan dosa meragut
Kaki terikat kekejaman manusia
Nadih teguh kian terurai
Kesal semula tidak berguna.

Di sudut kesuraman hati
Bangkit menilai makna diri
Masih mampu teguh berdiri
Diwarnai takdir yang sudah tertulis.

Ya Rabbi
Pandulah imanku ini
Menyusur denai dan onak duri
Moga cahaya iman menyinari
Mebimbing bersama nur kasih Mu
Ke ruang- ruang makrifat diri.





BANGSA PAHLAWAN

BANGSA PAHLAWAN

Bangsa Melayu yang kian hilang
Di manakah bangsa itu kini?
Bangsa yang pernah digelar pahlawan
Kian mundur dimamah zaman.

Di mana hilangnya belang pahlawan?
Ke mana hilangnya warisan Hang Tuah?
Yang pernah menjadi igauan semua
Kini tenggelam bersama kenangan.

Bangkitlah wahai anak Melayu
Sedarlah bahawa bangsamu
Kini makin jauh ketinggalan
Dek kerana arus kemodenan zaman.

Bangkitlah
Bersama iktikad
Dan iktidal
Takkan Melayu hilang di dunia
Bersama Melayu cemerlang sentiasa.


MONOLOG SEBUAH BUKIT


MONOLOG SEBUAH BUKIT

Kita sememangnya bersaudara
Sungguhpun rupa berbeza
Tapi kita lahir dari kekuasaan
Pencipta yang sama.

Ku pohon maaf dan seribu keampunan
Sebabak kisah dari skrip musibah
Gelongsoran tanah menjadi igauan
Mengubah panorama indah
Kini hilang dari pandangan mata.

Bukan dendam yang kubenam
Tapi sekadar amaran biasa
Haloba yang dipuja
Membawa seribu durjana
Kini manusia menjadi mangsa.



RUMPUN BAHASA

RUMPUN BAHASA

Rumpun ini sudah lama tumbuh
Bagai buluh perindu
Berbatang rapat berlagu merdu
Akarnya mencengkam kemas
Tebing budaya
Di pinggir sungai bangsa
Yang jernih dan tenang.

Rumpun ini sememangnya subur
Berbatang segar berdaun rimbun
Dan kini rebung- rebung harapan
Galak menerjah mencari hakiki
Menggapai kosmos budaya
Agar mengenali halus pekerti
Pada perdu bahasa.

Biarkan akar bahasa
Terus mencengkam tebing budaya
Menikmati khazanah warisan
Yang terbenam di dalamnya
Atau mahukah tebing budaya runtuh
Memendapkan kelodak
Mencemari sungai bangsa?

Rumpun bahasa berlagu merdu
Pada tebing budaya
Di pinggir sungai bangsa

Menjadi ekologi paling sempurna.

HARGA SEBUAH MEMORI

HARGA SEBUAH MEMORI

Berlalulah detik- detik manis
Dengan seribu kenangan
Masih terpahat di dada
Masa terus berputar
Kehidupan akan terus berjalan
Melewati batas- batas usia
Pernahkah kita bertanya
Siapa diri ini yang sebenar
Di sudut dunia yang luas ini

Kelmarin member suatu pengajaran
Hari ini akan ku tinggalkan
Seribu kenangan dan memori indah
Dan hari esok yang tidak pasti
Tatap akan ditempuhi

Setiap apa yang berlaku
Walaupun indah untuk dikenang
Namun pahit untuk ditelan
Kerana ia tidak akan berulang
Dan hanya akan tinggal
Sebuah memori



Hakikat ini harus ditempuhi
Kita harus pasrah
Kerana ia menggambarkan
Realiti sebuah kehidupan
Yang pasti tidak akan kekal
Di syurgawi nanti.


JIHAD DI PERBATASAN

JIHAD DI PERBATASAN

Di perbatasan ini
Ku dengar suara sayup
Tidak ku tahu siapa pemiliknya
Memohon kehadirannya
Membawa panji jihad

Di medan ini
Mengimbau  saat silam yang datang kembali
Melahirkan butir- butir kenangan
Mujahid yang satu masa dulu
Tersungkur menyembah bumi

Titisan airmata
Tidak diundang bergenang kembali
Sebak menggamit kecelakaaan
Betapa untuk digambarkan kegembiraan ini
Bila gugurnya sebagai syuhada

Ya Allah,
Tiupkan semangat jihad yang terhenti
Ke dalam hati dan sanubari
Sebagai senjata keadilan

Sebelum datangnya kiamat.

PANTUN KEAGAMAAN

PANTUN KEAGAMAAN


Ketiadaan emas boleh dicari,
            Ketiadaan akal putus bicara,
Tidak beriman rugilah diri.
            Hidup dunia hanya sementara.

Terbang helang dua sekawan,
            Angin turun ombak bergulung,
Tiada agama hilang pedoman.
            Ibarat hidup ditimang gelombang.

Sampan kelana tiang sebatang,
            Dipukul ribut dari selatan,
Apa guna hidup senang.
            Jika hidup tiada keberkatan.

Orang Melayu bersampan payang,
            Sarat bermuat ikan gelama,
Kalau hidup tidak sembahyang.
            Maka runtuhlah tiang agama.


Buah kedondong di atas tanah,
            Pokoknya tua tidak berjaga,
Hidup di dunia harus amanah.
            Kerana itu tuntutan agama.

Di situlah letak Padang Pahlawan,
            Dekat dengan si taman bunga,
Ingatlah tuan orang beriman.
            Majukan bangsa peliharalah agama.

Beras melukut di atas peti,
            Ambil nyiru di tampi-tampikan,
Walaupun ikut kata hati.
            Pegangan agama jangan ditinggalkan.

Tebang pisang dua tandan,
            Di ikat dengan sebilah rotan,
Janganlah kita bermusuh-musuhan.
            Kerana itu janji syaitan.







ALIS SANUBARI

ALIS SANUBARI

Pabila hati telah bersemi
Cinta kudus pada Ilahi
Bertapa agung indahnya alam ini
Alis sang mentari memancar ke lubuk hati
Tiada kata yang lebih bererti
Dari segala cinta
Yang terpapar di papan sanubari

Cinta pada manusia
Tidak pernah akan kekal
Menimbulkan berbagai kekhuatiran
Sebaliknya cinta pada Tuhan
Yang menyenangkan hati sanubari
Dengan menadah kepingan doa
Zikirrullah
Sementara cinta pada manusia silih berganti.

Ikatan dengan manusia
Bakal terlerai jua akhirnya
Di suatu detik yang telah ditentukan
Ikatan dengan Allah
Tetap mekar bestari
Dengan kemanjaan lidah
Menyeru nama- nama-Nya
Membawa kebahagiaan di hati.


CERITERA SEBIJI MENGKUDU

CERITERA SEBIJI MENGKUDU

Kini Disember bakal kembali
Sebelum hujan besar
Aku  sudah menderetkan
Buah semerutu di rantingnya
Sekecil subang perak putih
Mengelupas kelopak
Halus, terlindung daun tebal
Dari panas yang marah membahang.

Namaku memang tidak indah
Tapi tangan tabir ku menjadi penawar
Sederet penderitaan
Memuda usia  melancar darah.

Aku memang tidak berdiri gagah
Batangku  kecil dan tiada rupa
Namun ku punya seribu kebaikan

Membawa senyuman kepada manusia.

KEK COKLAT KARAMEL

Ø


2 sudu besar gula dicairkn dlm loyang atas api yg perlahan...ratakn dipermukaan loyang...sejukkan..

Karamel
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji kuning telur
Sedikit esen vanila...
*putar sampai sebati...lps tu tuang dlm loyang td...kukus dlm 20-25 minit....sejukkan

*lapisan kek coklat
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko..
*masukkn dlm periuk....kacau hingga sebati di atas api yg perlahan...3-4 minit..

4 biji telur di bland...

1 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*bahan2 ni kena ayak

Masukkan bahan yg diayak kedalam adunan coklat...selang seli dgn telur...kacau hingga sebati...tuang atas karamel (guna senduk)....kukus 45minit-60 minit...
Nk tau da msk cucuk ngn lidi...klu x melekat da msk...

Selamat mencuba yea 

RESEPI PUDING SUSU CARAMEL

Bahan-bahan ( 1 loyang besar )

* 1 paket serbuk agar2 (11gm)
* 2 biji telur
* 4 cawan air
* 1/2 tin susu cair
* 1 cawan gula
* 2-3 sudu besar tepung kastad
* 1 tin fruit cocktail

Cara - Cara Membuat :

1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.

Untuk kuah campurkan 300ml susu, air dari buah koktel, 2 sudu gula dan 1 sudu tepung kastad. campurkan sahaja dan disimpan di dalam peti sejuk.

Selamat mencuba !!