Wednesday, 15 October 2014

PANTUN KEAGAMAAN

PANTUN KEAGAMAAN


Ketiadaan emas boleh dicari,
            Ketiadaan akal putus bicara,
Tidak beriman rugilah diri.
            Hidup dunia hanya sementara.

Terbang helang dua sekawan,
            Angin turun ombak bergulung,
Tiada agama hilang pedoman.
            Ibarat hidup ditimang gelombang.

Sampan kelana tiang sebatang,
            Dipukul ribut dari selatan,
Apa guna hidup senang.
            Jika hidup tiada keberkatan.

Orang Melayu bersampan payang,
            Sarat bermuat ikan gelama,
Kalau hidup tidak sembahyang.
            Maka runtuhlah tiang agama.


Buah kedondong di atas tanah,
            Pokoknya tua tidak berjaga,
Hidup di dunia harus amanah.
            Kerana itu tuntutan agama.

Di situlah letak Padang Pahlawan,
            Dekat dengan si taman bunga,
Ingatlah tuan orang beriman.
            Majukan bangsa peliharalah agama.

Beras melukut di atas peti,
            Ambil nyiru di tampi-tampikan,
Walaupun ikut kata hati.
            Pegangan agama jangan ditinggalkan.

Tebang pisang dua tandan,
            Di ikat dengan sebilah rotan,
Janganlah kita bermusuh-musuhan.
            Kerana itu janji syaitan.







No comments:

Post a Comment