Soalan maut mana yang paling anda takut?
Soalan #1
Ni dah kawin ke belum ni? (Situasi: Anda dan pakwe anda
sedang berdating didalam kereta di taman tasik di waktu malam, dengan tiba tiba
sekumpulan lelaki berkopiah mengetuk ngetuk cermin kereta anda)
Soalan #2
Sakit apa? (Situasi: Anda berada didepan doktor disebuah
klinik dihari ada kuliah kerana anda ingin mendapatkan mc)
Soalan #3
Fidliana, where are you? (Situasi: Tetiba mendapat panggilan
dari lectuter anda di office hour)
Soalan #4
Takde ke kawan ngan mana mana laki? (Situasi: soalan
ditanyakan oleh mak anda, ayah anda, mak cik anda, jiran anda)
Saya paling takut soalan #4. Boleh buat ketidakselesaan. Dan
jawapan yang paling baik adalah senyaaaaaaaaaaaaap!
Pernahkah anda menghadapi situasi berikut?
Situasi #1
Anda sedang lepak lepak dengan beberapa rakan lelaki di
sebuah kedai makan. Lalu anda tergerak ingin mengecall mak anda. Sedang dalam
perbualan telefon itu mak anda tetiba senyap kerana terdengar suara lelaki disebelah anda, dan dengan pantasnya mak anda bertanya "suara siapa
tu?"
Situasi #2
Anda sedang dalam perjalanan balik kampung bersama mak cik
anda, sedang syok syok dia bercerita tentang cousin anda dengan tak semena-mena
anda menjadi topik bualan, "sekarang takde kawan ngan sesiapa ke? Cari la
satu, dah boleh sangat dah tu.."
Situasi #3
(Sambungan Situasi #2) Mak cik anda yang syok bercerita tu
tetiba terberitahu, "oh, hari tu ayah ada jugak tanya tanya dengan Kak
Long, kat kelas tu Na ada tak berkawan dengan sape sape.."
Situasi #4
Anda memberitahu emak anda yang anda bakal menghadiri majlis
perkahwinan rakan anda hujung bulan ni, lalu dia bertanya dekat mana, dengan
siapa, kawan masa belajar ke lalu tersampai ke satu saranan, "ha Na carilah kawan masa belajar kat UPM tu ."
Perghhhh maut bukan?
p/s: sebenarnya soalan paling maut adalah, "ma
rabbuka?"pengalaman ooo pengalaman
No comments:
Post a Comment